Saturday, January 27, 2007
|
jeans biru lusuh.blaus kelabu.tudung hitam.[aku rasa dah cukup matching & lawa.tak peduli kalau org lain kata tak match.peduli apa aku!] hari sabtu.27 Januari 2007.hari ni aku ada janji temu.err..temujanji la.erks! mana satu yg betul ni? temujanji atau janji temu? [aku lupa yg mana satu betul.mungkin juga dua² betul] ah mana²lah.asalkan ada perkataan janji & temu yg maksudnya ialah berjanji utk bertemu @ berjumpa sudahla.oh lupa! aku tak janji.teman tapi mesra pun tak janji [selepas ini aku gelar teman tapi mesra sbg TTM] dia kata kalau tak hujan.kalau tak banjir lagi.aku kata ok.aku faham dan aku tahu banjir di selatan makin pulih sehingga entri ini ditulis [baca: rumah dia tak dilanda banjir lagi HARI INI!] malangnya sehingga ke hari,jam,minit & saat entri ini ditulis,dia masih menyepi.takde sms,missed call apatah lagi nak dgr suara dia.seminggu dah.kenapa? sebab mulut celupar dia! oh kejamnya aku! [aku tahu & sedar diri bahawa aku pun tak sesopan mana] alkisahnya kerana 1 perkataan shj.yg dia tujukan utk aku [sekali lagi aku tahu & sedar diri bahawasanya aku mmg sensitif.dia kata bukan sensitif.tapi super sensitif] perkataan apa? ah tak nak sebut! sungguh memualkan tekak bila perkataan tu nak terpacul dari mulut aku.biar aku dgn dia aje la yg tahu.TIBA²...telefon genggam [yg bukan dlm genggaman setiap masa & ketika] berbunyi.panggilan dari TTMTTM: awak..saya dah ada kat Mahkota niAku: ah? biar betul? awak dah ada kat Mahkota?TTM: ha'ah.kejap lagi saya dtg office ambil awak ekAku: oh ok.saya tunggu [dlm nada yg cukup teruja]10 minit berselang.ting tong [bunyi loceng pintu office] TTM dah terpacak depan pintu.aku buka dgn senyuman [konon² nak kontrol ayu seboleh mungkin] dia balas dgn senyuman juga.bertanya khabar masing².aku suruh dia tunggu sekejap.bereskan saki baki kerja sekaligus bersiap sedia ke lokasi janji temu aka temujanji kami.melangkah keluar dari office aku sempat jeling si N rakan sekerja aku [konon² nak buat dia cemburu sbb aku ada janji temu aka temujanji] sebab selama ni dia kata aku kurang bersosial.ah lupakan si N.aku lebih teruja bila dpt bertemu dgn TTM.TTM bawa aku ke Pantai Klebang [dia masih ingat rupanya yg aku suka ke pantai] kami berjalan menyusur tepian pantai sambil bercerita perihal masing².dari hujung sini ke hujung sana.penat berjalan kami duduk.tengah² berborak terdengar lagu ni "mat kool..mat kool kawanku..mari ikutku.." lagu yg cukup sinonim dgn si penjual aiskrim.TTM panggil apek yg jual asikrim.dia beli aiskrim Magnolia mag-a-cone perisa coklat yg selalu iklannya keluar di tv.satu utk aku.satu utk dia.sedang aku dan dia enak menikmati kelazatan aiskrim TIBA²...hai cik siti! saya dah balik...suara si N.aik! apsal dia ader kat sini pulak.aku tgk jam tangan.tepat 1.00 tengahari.aku bukak mata luas².BENGONG! aku bukan kat pantai Klebang dgn TTM.aku masih di pejabat rupanya.aku berfantasi tadi rupanya.SHIT!!!SENGAL! apsal aku masih mengharap dia dtg hari ni? BODOH betul!!!!* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan
11:30 AM