* A E Y J A Y ]

Saturday, January 06, 2007



|
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA @ HARI RAYA HAJI @ HARI RAYA QURBAN
aku yg berkorban @ aku yg terkorban? (bukan korban yg bermakna korban)

SELAMAT TAHUN BARU 2007
Azam baru aku? hmm..apa ek? ntah ler.tiapkali tahun baru menjelma semua org sibuk tanya soalan klise 'apa azam baru kau tahun ni?'. yg sebenarnya aku pun ada juga bertanya soalan yg aku kategorikan klise pada seorang teman (bukan teman tapi mesra).itu pun secara tak sengaja (sebenarnya aku sengaja kirim sms, cuma yg tak sengaja nya tentang soalan klise itu) pada malam tahun baru.ok lupakan tentang dia.azam aku tahun ni rasanya aku nak kahwin kot.eh bukan! aku nak kaya.eh pun bukan! aku nak settle semua hutang bank.bukan! bukan! bukan!

sebetulnya tahun ni aku tak ada azam macam org lain.aku cuma nak hidup aku jadi lebih tenang & teratur & bagus & hampir sempurna & bla bla bla.... (itu bukan azam ke?) aku dah letih berharap sesuatu yg belum pasti akan jadi milik aku.biarlah org kata aku ni tak punya cita² & impian dalam hidup.biarlah apa org nak kata.aku tak kisah.yg aku kisah skrg macam mana caranya aku nak buatkan hidup aku lebih bermakna.

DI MANA DIA?
hampir sebulan.sunyi tanpa teman tapi mesra.salah aku @ salah dia? salah siapa? entah! YA ALLAH tolong aku lupakan dia.bantu aku kikiskan rasa rindu pada dia.lenyapkan dia dari memori aku.hilangkan ingatan aku terhadap dia.aku benci dia! (aku tipu! sebenarnya aku rindu dia) tapi aku tak mahu dia dtg dan akhirnya pergi tinggalkan aku lagi.


CINTA
09 Disember 2006 jam 5.10 pm di Mahkota Parade.aku beli 2 tiket.barisan kerusi F16 jadi milik aku.F15 pulak milik si teman tapi mesra.akhirnya tercapai juga impian aku nak tonton Cinta dgn dia.oh bukan dia! bukan teman tapi mesra tapi kerusi empuk F15 kepunyaan mak.ye mak aku.bukan mak dia.impian aku nak tgk Cinta dgn teman tapi mesra tak kesampaian sebab:-
a) aku tak sabar
b) teman tapi mesra masih outstation


Aku suka Cinta sebab
1. 5 kisah cinta dlm 1 cerita

2. ada dark & bright side kota metropolitan KL
3. latar warna yg tak terlampau meriah mcm sesetengah filem lain
4. ada Pierre Andre (dia nampak 'cool')
5. plot cerita yg teratur & ikut flow
6. muzik latar yg 'kena' dgn setiap babak
7. dialog yg bersahaja & tak ikut buku teks (tak mcm dialog cerita² arahan DY)
8. skop cinta yg meluas (cinta adik-kakak,atuk-cucu,etc)
9. soundtrack Perpisahan nyanyian Anuar Zain

10. dialog Dhani "bila kakak nak berhenti bercinta dgn suami org?"
11. dialog paling famous amos "isteri bukan hak milik tapi anugerah" Cikgu Elyas
12. Azlan melamar Azura dlm tren (mcm filem hindustan tapi aku suka!)
bnyk lagi yg aku suka ttg Cinta.tapi malas nak taip bnyk².....

last but not least HAPPY NEW YEAR 2007...........








* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 11:00 AM