* A E Y J A Y ]

Thursday, February 22, 2007



|
dah berkali² aku taip,delete & taip semula entri kali ni.entah kenapa semuanya aku rasa mcm ada yg tak kena.masih berkira² samada nak luah atau simpan saja semua cerita & rasa yg ada dlm hati & minda.rasa semacam.bukan demam.headache pun bukan.pre menstrual syndrome pun tidak.abis rasa apa ek?aku rasa bersalah sebab biarkan 'rasa' itu berputik dan terus bercambah.bukan aku tak tahu siapa dia dan siapa aku.kami memang takkan boleh berganding sama.TAK BOLEH! dia bukan utk aku.

hmmm... [ya aku sedang mengeluh] mungkin aku perlukan sesuatu utk menyegarkan diri.aku belum lunch.jadi aku rasa lapar.aku perlukan sesuatu utk menghilangkan rasa lapar.aku melangkah dgn penuh rasa malas ke pantry.aku goncang² tin biskut.tak berbunyi.jadi tak payah buka & tengok pun aku dah tahu bahwa takkan ada waima sekeping biskut pun di dalamnya.nasib baik ada lagi sepaket nescafe 3 in 1 dlm laci meja aku.aku pergi buat Nescafe kejap ye..

aku hirup nescafe panas.entah kenapa bila aku minum rasanya tak senikmat seperti kebiasaannya.mungkin sebab terlampau panas.aku tiup perlahan² sambil perhatikan kepulan asap panas menerawang dan kemudian hilang.aku hirup sekali lagi.sama.macam tadi.masih tak enak.apa kena agaknya? mungkin sebab bunyi kat luar yg bising buat selera aku mati [restoran cina depan office aku buat pertunjukan tarian singa] jadi kau boleh bayangkan betapa bingitnya bunyi²an gendang menusuk² ke lubang telinga aku.oh tidak.aku takde pun menyumpah seranah mereka² yg memukul gendang dan terlompat² dgn kostum berwarna merah [aku tak lupa yg aku skrg berada di negara yg ada pelbagai kaum] walaupun dalam hati memang aku terasa benar nak merungut [baca: mungkin mencarut] dek kerana kebisingan yg terhasil dari perlakuan mereka.ah lupakan!


aku...aku...argh!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
SEDIH.jadi mood aku utk bercerita ceriti ttg apa yg ada dlm hati & minda biar aku peramkan saja.takde mood *sigh*




* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 12:00 PM