* A E Y J A Y ]

Tuesday, February 13, 2007



|
HAPPY BIRTHDAY
6 hari yg aku tunggu² dah pun berlalu.sebetulnya dah 8 hari.akhirnya sistem pesanan ringkas jadi medium utk aku mengucap tahniah pada dia.aku hubungi dia tepat² jam 12.konon² nak jadi org pertama.tapi hampeh.suara minah kat sana cakap 'this is the voice mailbox for the number 019*******.pls leave your message after the tone'.mungkin dia off handphone @ mungkin juga dia tengah bersembang dgn awek dia [dia kata takde awek.so aku cuma buat andaian] sampai ke hari ini dia tak balas langsung message aku.kredit habis? [dia jarang² sekali kehabisan kredit.aku tau sgt²] jadi itu bukan alasan yg baik.tak baca sms? [ada ke org check sms seminggu sekali?] juga bukan alasan yg munasabah.aku tak tahu apa alasan yg bakal dia bagi [atau takkan bagi langsung] tapi aku dah rasa putus asa & kecewa dgn dia.bukan harap sgt ucapan terima kasih.tapi sekurang²nya aku nak dia ingat yang aku ni masih lagi [atau pernah] jadi teman dia.semoga dia berbahagia! kad yang dah aku beli utk dia pun masih tersimpan rapi dalam laci meja.takde 'hati' nak poskan.biar ajelah.mungkin kad tu akan jadi milik org lain.bukan utk dia.

TAHUN BARU CINA
mak & abah takkan ada dirumah utk 3 hari sempena CNY tahun ni.kata mak dia akan ke Putrajaya atas pelawaan makcik aku.sunyilah hidup aku sepanjang 3 hari tu nanti.siapa yg nak suapkan aku makan nanti? [ya mmg aku anak manja] siapa yg nak membebel bila aku bukak radio kuat²? siapa yg nak rasa masakan² aku? [anak manja tak semestinya tak pandai masak] oh mak!! jgn lah pergi lama² ye!! balik cepat² anak mu ini bakal rindu padamu!!

MAKAN FREE
hari Sabtu ni mungkin dapat makan free lagi.si N nak belanja makan sbb konon²nya nak tebus kesalahan yg dia buat pada aku 2-3 hari lepas.aku tak kisah pun.tapi org kata rezeki jangan ditolak..musuh jangan dicari.tapi tak sure jadi @ tidak.sbb mak bertolak ke Putrajaya hari yg sama.cuma lewat petang.harap² sempat pegi makan free & balik rumah ucapkan bye bye kat mak

Nota: rasa mcm ok je minggu ni.walaupun sebenarnya situasi tak berapa nak ok.apa sebab aku rasa ok ek??! ntah!


* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 1:07 PM