* A E Y J A Y ]

Wednesday, October 10, 2012



|
5 bulan lagi segalanya bakal berubah.status aku juga insyAllah bakal bertukar dari cik kepada puan.walaupun jangkamasa 5 bulan pada sesetengah orang cukup lama,tapi pada aku amat singkat.bnyk persiapan yang perlu aku persiapkan sebelum melangkah ke alam baru yang pastinya lebih mencabar & menduga kesabaran dan keimanan aku



mampu ke aku hadapi semua tu?




* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 2:33 AM

Sunday, October 07, 2012



|
Dah bertahun blog aku bersawang.terbiar tanpa apa2 update.kehidupan aku rasanya tak banyak yg berubah.cuma tetap ada sedikit perubahan.

masih mencari ilham utk menulis.otak rasa sedikit beku dan tepu bila dah lama tak menulis..

i'll see u soon


* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 6:55 AM

Monday, September 26, 2011



|


* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 8:34 AM

Friday, July 17, 2009



|


* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 1:57 PM

Friday, September 28, 2007



|
aku nekad nak berhenti hari Isnin ni....

YES!!! AKU MESTI BOLEH!!!

Labels:



* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 2:05 PM

Wednesday, September 26, 2007



|
Dipersimpangan dilema
aku dah berkali² suarakan pada si N & mak aku bahawasanya aku akan letak jawatan pada sekian² tarikh.tapi sehingga entri ini terpublish aku masih di sini.damn it! entah kenapa aku rasa berat hati nak tinggalkan office [baca: bukan sebab kesian pada bos aku ok! i never care what will happen to his company after i resign] eventhough i know that things will get worse if i'm not around.just imagine last few week i just take 2 days leave and when i came back to office masyaAllah keje bertimbun² atas meja aku.tu belum lagi bab e mail² yg tak dibaca [and of course takde solution pada setiap e mail yg berbaur komplen] aku jugak nak kene settle kan semuanya.

semenjak dua bulan kebelakangan ni aku sering dipanggil masuk bilik bos.discuss pasal naik gaji?pergh! jgn mimpi ler.aku kene panggil sebab bos dah mula perasan perubahan pada diri aku.walaupun keje² semua settle tapi bos kata aku skrg makin dingin.tak ceria.kurang bercakap.selalu nampak letih [camne tak letih sehari tido 3 jam je] tak motivated.statik.kaku.ni semua gara² keletihan sbb keje siang malam.aku akui yg aku cepat naik marah skrg.mudah tersentap.so bila customer buat hal aku takkan teragak² tunjukkan rasa tak puas hati walaupun depan si bos.

skrg aku dah ada assistant.semua keje² aku dibantu oleh si Sukri.so skrg aku punya lebih banyak masa terluang.tapi itu tak bermakna apa² buat aku.sbb Sukri cuma bantu aku dari segi administration.segala urusan yg melibatkan aduan² customer dan caci maki mereka semua terbeban atas bahu aku.

ah letih sgt!!!!!


Merajuk
sorang kawan aku merajuk.kemaafan dah aku pinta.tapi dia tetap membisu.oh teman tolonglah maafkan diriku!aku tak sanggup menanggung rasa bersalah...MAAFkan ku....

Puasa
Selamat Berpuasa [aku tahulah aku lambat.dah masuk hari ke 14 pun kan] tapi apa² pun semoga puasa kita semua diterima ALLAH SWT.Amin!

Labels: ,



* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 2:45 PM

Monday, September 03, 2007



|
sesaat kau tak ku pandang
terasa sepinya jiwaku
tertunggu aku hadirnya dirimu
walaupun sekelip mata


*Tuan Muda nak bertunang InsyaAllah lepas raya nnt.itu khabar terbaru ttg dia yg aku dgr dari N.Alhamdulillah akhirnya dia dah jumpa puteri yg dia cari².perasaan aku bercampur baur bila si N khabarkan pada aku ttg Tuan Muda.suka campur duka.entah kenapa aku rasa sedikit kecewa.mungkin sbb *Tuan Muda pernah luahkan isi hati dia pada aku.tapi masa tu aku tak sedia utk ada hubungan yg istimewa dgn dia lalu dia menyepi..tup tup skrg aku dgr dia bakal bergelar tunangan org! menyesal? geram? oh tidak! cuma sedikit sedih.but life must go on..mungkin ada insan lebih baik dari *Tuan Muda menanti aku diluar sana.cewah!

Kdg² aku tak faham dgn diri sdri.entah apa lagi yg aku harapkan dari seorang lelaki?! si N kata aku fobia dgn lelaki cuma kerana episod sedih yg berlaku dlm rumahtangga kak long.ah malas aku nak pening²kan kepala pasal lelaki.ada hal yg lebih penting yg perlu aku fikirkan...MAHKAMAH...oh tak nak!!!!!!!!!!!!

*Tuan Muda bukan nama sebenar

Labels: ,



* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 2:57 PM