* A E Y J A Y ]

Tuesday, May 17, 2005



|
09 May 2005 {flashback story}

monday blues! argh malasnya nak pegi keje ari ni.rasa semacam je.tp ntah knp hari ni aku boleh tiba awal pulak.sampai kat office baru je on pc, pintu dah terbukak.terjengul la muka seorg gadis yg mcm pernah aku lihat.tapi kat mana ek??? uiks! itu bukan ke budak yg nak buat praktikal kat sini??? hati aku mula berkata².dia nak jumpa boss aku ke??? "assalamualaikum,selamat pagi kak!" begitulah mulanya dia berbicara."waalaikumussalam,pagi! adik ni yg nak buat praktikal kat sini kan? duduk la" lancar je mulut aku bertanya sambil melemparkan senyuman ala² tak cukup gula.monday blues le katakan."ha ah! saya lah.uncle tak masuk lagi ke?" dia tanya lagi."erm .. belum lagi la.tak tahu le pukul berapa dia sampai." pantas dia mengeluarkan surat dari handbag nya dan menyerahkan kat aku.dgn malasnye,tp ttp maintain senyum aku amik surat tu dan baca."oo murni mula praktikal hari ni? sampai bila ek?" huk alo,aku ni pun mcm tak suka la pulak.dia baru nak mula,aku dah tanya bila dia nak menamatkan perkhidmatannya kat sini."sampai bulan julai" ringkas je jawapan dia."oo i see" ringkas jua jawapan yg aku beri.

mula dari hari tu aku dah tak keseorangan lagi.oopss .. keseorangan??? maksud aku kat office la.almaklumlah office tempat aku keje ni company kecik je.pekerja pun tak ramai.cuma ader aku,accountant & boss.dulu aderlah jugak mat despatch & sorang marketing executive.tp dua² dah berenti.masing² ader alasan tersendiri.aku jugak yg still kat sini.kadang² terdetik juga dihati nak berhenti keje.mak aku sdri pun selalu mendesak supaya aku cari je keje lain & aku juga nak 'mulakan sesuatu yg baru'.tp aku faham,zaman skrg ni bukan senang nak cari keje.bebudak U yg ader degree pun susah nak dpt keje,inikan pulak aku yg cuma ader diploma.itu pun dari kolej swasta je.so terpaksalah aku pendamkan dulu hasrat nak berenti keje tu.tunggu masa yg sesuai je!

sejak dari hari tu aku dah ader teman berborak.budak ni pun kira sekepala la jugak dgn aku.memandangkan kat office aku ni takde radio,maka tiap² hari kitorang akan dgr lagu yg sama berulang² kali.selera dia dgn aku tak jauh beza.dia pun peminat lagu² siti nurhaliza & lagu dari seberang.kadang² kesian pulak aku tgk dia.bila time takde keje,dia nampak blur sgt.siap bertanya dgn aku lagi apa dia patut buat.hehehe .. kesian betul aku tgk dia! bukan tak pernah aku 'nasihatkan' dia supaya tak buat praktikal kat sini.tp nak buat mcm mana,dah last minute kata dia.takde masa nak cari travel agent lain.so terpaksalah dia menempuh hari² yg 'menyeksakan' kat sini.

dah seminggu dia kat sini.tiap² hari aku kena sign log book dia.dah mcm supervisor la pulak.dulu aku yg kena mintak sign org,la ni aku pulak yg terpaksa sign log book org lain.mcm supervisor pulak rasanye.hehehehe .. perasan la pulak aku ni.sejak bila ntah boss naikkan pangkat aku jd supervisor! hari ni dia takde kat office.dia tolong pakcik akaun tu kemaskini data utk koperasi.ceria pulak muka dia aku tgk.maybe dia dah tak rasa bosan sbb dah ader benda yg boleh dia buat.


* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 1:30 PM