Thursday, July 21, 2005
|
21 Julai 2005
9.00 a.m
pagi ni cuaca mendung."cuaca mendung tp hati jgn ikut mendung" itu quote dari teman aku.pagi² smpi kat office terus terasa nak update blog dgn cerita baru.hari ni mood aku masih mcm ombak.ada pasang surut.kejap ok kejap tak.entah kenapa aku pun tak pasti.walhal petang smlm aku dpt surat rasmi dari kolej.baru je sebut pasal hari konvo dgn cik siti masa lunch time smlm,petangnyer surat dah masuk dlm peti merah depan rumah aku.aku baca isi kandungan surat tu.sah! mmg surat jemputan utk konvokesyen kolej.25 September kat Bukit Jalil.bila sebut pasal BJ teringat kali pertama & terakhir aku jejak kaki kat sana,masa konsert Aman Malaysia.itupun nasib baik ader transportation yg di sponsor oleh kengkawan aku.kalau tidak tak merasa la aku ke BJ.aku pegi tgk konsert tu pun sbb ada siti.kalau siti takde rasanye aku pun tak berapa minat nak bersesak² kat sana.
muka mak aku dah tak kelat lagi.bila aku beritau dia yg tak lama lagi anak dara dia nak dpt dip yg ditunggu² selama ni (siapa yg tertunggu²?).tp dlm hati aku berkata 'ala setakat dip kolej swasta,tak payah la nak bangga sgt!' ntah kenapa aku rasa mcm tak happy.padahal sebelum ni aku dah berangan² bila agaknya aku nak grad.maybe sbb aku tak dpt grad dgn bebudak batch aku.sebetulnya bukan mungkin,tp dah mmg betul takde mood nak grad sbb bebudak sekelas takde yg 'senasib' dgn aku.sepatutnya dah lama aku grad,tp disebabkan tangguh LI buatkan aku tak berkesempatan berkonvo ngan diorang.rindunyer kat diorang semua!! apa korang buat skrg ek???
aku keseorangan kat office.pakcik Jonet tak nampak batang hidung lagi.entah kemana aku pun tak pasti.boss aku??? pun belum sampai jugak.agaknyer tengah lena dibuai mimpi lagi.almaklumlah cuaca sejuk² camni mmg liat nak bangun pagi.aku pun hampir² tak nak pegi keje hari ni.rasa malas sgt! ni lah penyakit org melayu .. MALAS! sampaikan kat perhimpunan agung umno pun masuk bab melayu malas.tp aku takdelah hari² malas.cuma semalam,hari ni & mungkin esok aku akan malas.argh! malas la nak fikir pasal malas ni.bagus jugak diorang tak smpi lagi,at least boleh la aku melepak lama skit kat blog aku ni.
aku skrg tgh makan coklat.nak boost mood.ikut apa yg aku baca dlm mag kalau takde mood makan coklat adalah salah satu cara utk mengembalikan mood.kebetulan mmg aku ni 'hantu coklat'.tak kisah la dgn kata org yg coklat ni boleh menggemukkan.aku masih ditahap sederhana,so takpelah kalau mkn coklat bnyk² pun.hari ni kat sz semua org sibuk bercerita ttg konsert siti kat singapore.mesti happening giler diorang kat sana.tp aku takdelah frust sbb tak dpt pegi konsert tu.hmm ... naper ek??? sbb aku takde mood kot??? yelah agaknye.sorang teman siber aku siap kirim sms btau perkembangan konsert siti.anyway thanks so much! (u know who u r!) tak dpt pegi dpt bayangkan pun jadilah.
aj versi malas kata: arh! malas nye nak keje hari!
aj versi malas + separa rajin kata: come on aj! back to work or ur fired!
aj versi rajin kata : yes i'm ready to work!
* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan
2:15 PM