Monday, November 07, 2005
|
...:::Pesta Cahaya:::...
camne la aku buleh lupa hari ni adalah Pesta Cahaya.cuti umum! pagi² buta aku dah sms boss aku mintak cuti (mentang² nak berenti,apply cuti pun through sms je!) tghari tu baru aku disedarkan dari 'sindrom keterlupaan hari² perayaan bg negara Malaysia'.alamak! apsal la aku buleh tak ingat hari ni hari cuti? mesti boss aku pikir aku ni 'kureng' pasal dah mmg sah² termaktub hari cuti,tp ttp nak mintak cuti lagi.apa kes ni? ah lantakla dia nak pikir apa pun.bukan buleh tarik balik pun sms yg aku dah hantar.
...:::Sehari sebelum raya:::...
dari pagi smpi ke ptg sibuk tak sudah².ader saja kerja yg perlu aku bereskan.riuh rendah rumah aku dgn gelak tawa anak² sedara.itu belum campur lagi dgn suara² deejay diselangi lagu² raya evergreen dan lagu raya versi baru yg keluar dari corong radio.aku berpenat lelah mengemas rumah.mak dgn akak² aku pulak sibuk memasak.abah pulak jadi tukang rebus ketupat.abang aku aje yg takde sbb mungkin sibuk kat rumah mertua (org dah beristeri katakan!) macam ni lah situasi nya tiap² tahun menjelang raya @ lebih tepat lagi sehari sblm raya.masing² dah dibagikan tugas ikut tahap ke'profesional'an masing².walaupun aku terer gak bab masak memasak (masuk bakul angkat sdri!) tp aku lebih cenderung ke arah kemas mengemas & hias menghias teratak tempat berlindung aku sekeluarga
lepas isyak rumah aku bergema dgn laungan takbir.mmg dah menjadi tradisi dikampung aku,setiap kali malam raya kaum muslimin tak kira tua @ muda akan beramai² berkonvoi dari rumah ke rumah bertakbir.sayu aku mendengar laungan takbir.teringat pada seseorang yg tak dpt beraya dgn keluarga dia & aku sekali (aku rindu kan dia).aku rasa semua dah perkara dah beres.cuma langsir aje yg belum habis digantung sepenuhnya.ah! senang aje tu.lepas subuh esok pun boleh pasang.penat.aku tonton tv.mcm tahun lepas² jugak rancangan hiburan sampaikan raya tersiar kat setiap channel tv.baik tv1,tv2,tv3 bla bla bla .. cuma tv3 je yg menarik minat mata aku utk terus menonton (walaupun mata dah ngantuk giler) sambil tu cuba² jugak tekan² keypad hp.konon nak sms ucap slmt hari raya kat kengkawan.tp hampes giler.asyik² NETWORK BUSY! aku bengang.malas dah nak try send sms lagu.habis je rancangan aku terus masuk bilik utk ZzzzzZzzZZzzz
...:::1 Syawal:::...
ntah apa² yg aku rasa pagi² raya ni.sedih @ gembira? aku sendiri tak pasti.yg aku cukup yakin,takde istilah meriah menyambut hari raya;yg meriah cuma menyambut 1 syawal.lalu apa yg aku patut rasa?ntah la.peti simpanan memori aku tak mampu ingat apa 'rasa' aku ketika tu.kak long takkan balik pagi ni.malam semalam lepas acara takbir kat rumah selesai dia terus balik rumah mertua.yg tinggal cuma aku sorang.jam 11.00 pagi baru kak ngah aku tiba.masing² beraya kat rumah mak mertua dulu.aku aje yg takde mak mertua.hehehehe .. camne nak ader mak mertua,kawen pun idak lagi.
dari pagi sampai ke petang ader aje sedara mara yg dtg berkunjung.tugas rasmi aku sbg pembancuh air + pencuci pinggan (kesian kat aku! raya² pun kene jadi pembantu rumah tak bergaji) tapi aku tak kisah pun.dah nama pun raya.kalau tak aku yg buat siapa lagi.malam nye aku terima short messaging system drp si dia.happy! tapi dia buat aku merajuk.merajuk ke? sebenarnya aku tak berniat nak merajuk;cuma terlalu penat melayan tetamu buatkan aku cepat sensitive.bukan salah dia pun.aku jugak tak akan kata salah aku.salahkan rasa penat tu.salahkan sensitive tu (tak patut kan!) aku tak layan sms dia.tengok tv lagi baik.aku tak tau nk tgk filem channel mana.buli pun best,pontianak pun bagus.last² tv yg tgk aku.aku layan jer ZzzZZzzzzZzz
...:::2 Syawal:::...
sekejap aje rasanya dah habis 1 syawal.hari ni dah masuk hari kedua umat Islam beraya.kurang pulak tetamu hari ni.cuma 2-3 trip je.itupun ramai budak² yg dtg saje² (nak duit raya tp tak nak makan kuih raya) teringat zaman kanak² aku dulu.sama lah mcm diorang ni.bertandang sebab nak duit raya aje.pasal makan tolak tepi.janji dpt sampul hijau dah cukup best utk aku.indahnya zaman dulu kala.kalaulah masa boleh diputar kembali,aku teringin jadi kanak².tapi inilah hakikat sebenar yg perlu aku tempuh.masa lalu takkan berulang.kenangan hanya utk diingat,bukan dikenang²si dia call masa aku tgh beraya kat rumah mak sedara.mungkin sebab dia fikir aku masih merajuk dgn dia,terus dia call;walhal sebab musabab utama kenapa msg dia tak aku balas kerana aku takde mood + penat.aku happy sesangat! ...:::3 Syawal:::...pegi open house umah rumah mak mertua kak ngah aku.aku takde mood nak pegi tapi terpaksa ikut sbb tak nak angah kecil hati dgn aku.open house yg takde makna utk aku...:::4 Syawal:::...masih dlm mood raya yg boring! dan masih ada tetamu yg dtg beraya.rumah aku riuh rendah tapi aku rasa sepi.rasa tak sabar nak pegi keje.sekurang²nya aku boleh buat sesuatu....:::5 Syawal:::...back to work.aku tercongok sorang² kat office.yg lain masih bercuti.keje pun tak bnyk.nasib baik Murni dtg temankan aku.sekurang²nya takdelah aku bosan.tapi aku tetap rasa kalau dia takde sekalipun aku tetap aku.macam ni.macam tu.macam dulu.macam² yg aku tak reti tak tafsirkan* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan
11:58 PM