* A E Y J A Y ]

Wednesday, January 31, 2007



|
Si sengal: you sms dia bagitau address & dia akan dtg kat office you
Aku: i sms dia? apsal pulak nak kena sms? takde no lain ke?
Si sengal: takde la.maybe dia tak dgr ke apa ke.i dah call receiver dia kata camtu
Aku: abis tu i nak pakai handphone sapa?
Si sengal: pakai handphone you la [sambil terkekek² ketawa]
Aku: i takde handphone
Si sengal: banyak la you punya takde.ala jgn nak tipu.you sms ek.ok bye

tut..tut..tut.. [bunyi talian yg dimatikan]

Aku hempas telefon [belum rosak & pecah lagi] Selamba dia aje! dia ni tak reti bahasa agaknya?! aku dah hantar e mail mintak no telefon lain.tetiba dia call,suruh aku sms dgn customer.apa ke gila nya dia ni.prosedur mana yg dia ikut? bukan aku kedekut sgt setakat 1 sms yg harganya cuma 0.15 sen.tapi ini soal etika.soal setinggi mana tahap keprofesionalan dia bila menjalankan tugas.selama ni aku dah banyak sgt bertolak ansur dgn dia [kau boleh kata aku sedang mengungkit²]. segala apa yg dia klasifikasikan sbg URGENT rasanya belum pernah aku abaikan.semua yg dia nak aku ikut.tapi hari ni hati aku betul² panas.dia sewenang²nya ambil kesempatan atas segala kebaikan & ke'boleh'an aku.mungkin silap aku yg terlalu tunduk dgn kemahuan dia.semuanya boleh.sampaikan terlalu susah untuk telinga dia dengar perkataan tidak dari mulut aku.

Aku belum sms customer lagi.aku belum mahu tunduk dgn arahan Si sengal.siapa dia yg sesuka hati nak mengarah itu ini pada aku.level dia sama aje dgn aku.dia CSA.aku pun CSA.cuma bezanya dia di HQ sedangkan syarikat aku cuma associates shj.aku masih cuba mendail walaupun aku tahu kebarangkalian utk si empunya no tu menjawab panggilan aku sangat tipis.yg si pemilik handphone pun satu hal jugak.takkan la tido tak bangun²?entah² dia dah jadi mayat? entah² dia pekak? entah² handphone dia rosak? entah la.aku pun tak tahu.nak sms ke tidak? aku nak jadi manusia yg kejam hari ni.aku nak jadi seorang pekerja yg tak bertanggungjawab hari ni.buat macam takde apa².buat seolah² Si sengal tak pernah mintak tolong [baca: mengarah] aku utk sms customer.tapi boleh ke?!

baru semalam dapat pujian dari HQ sbb tindakan cepat aku menyelesaikan 1 masalah.hari ni pulak kesabaran aku diuji dgn kerenah si sengal.aku bukan superwoman la sengal! Arghh...!!!!!

kalau dah call pun tak berjawab ada kemungkinan ke sms aku dia baca?

P/S: semasa entri ini ditaip kondisi emosi aku sgt tidak stabil [baca: angin satu badan]


* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 2:07 PM