* A E Y J A Y ]

Saturday, January 13, 2007



|
RM8,888.88
bukan angka utk hantaran kahwin aku.juga bukan angka favourite aku.tapi angka yg cukup buat aku rasa pitam,gelabah,stress,marah,geram & feeling² yg sewaktu dgnnya.mana aku nak cekau duit sebanyak tu utk 'diberi' kepada abg ipar aku [baca:pemberian yg wajib] surat cinta dah sampai ke rumah.semalam.mak risau.aku berkali ganda lebih risau.abg marah.kata aku tipu.tapi aku tak pernah tipu ttg hal ini.mak tahu.aku tahu.bukan aku tak mahu.aku tak explain pada dia.mak pun mungkin dah tak kuasa pertahankan aku.biarlah dia marah semahu mahunya.biar dia tak tahu cerita sebenar.aku fed up.

fed up dgn org² yg sesuka hati menghukum org lain tanpa pertimbangan akal yg waras.oh aku lupa.mungkin dia dah tak waras agaknya!

semalam hari marah sedunia agaknya.customer marah aku.kawan sekerja pun hampir² nak melepaskan kemarahan pada aku atas alasan fed up.mak marah [baca:tak betul² marah].abg aku marah [dia tunjuk dgn jelas].kak long juga marah [tapi tak tunjuk.aku dpt rasa].pemandu bas pun marah² penumpang [penumpang itu bukan aku].aku juga turut marah dgn diri sdri.

sampai bila agaknya angka² tu akan terus menghantui minda aku.otak aku dah tepu! tak boleh fikir.


* A E Y J A Y bisikan & nukilan isi hati seorang insan 12:10 PM